>

Engineer with Pilot License

Pengerusi Asia Pacific Flight Training (APFT), Dato’ Farouk Othman bertukar dokumen dengan Datuk Naib Canselor, UPM.

SERDANG, 18 Februari - Universiti Putra Malaysia (UPM) akan melahirkan jurutera aeroangkasa bagi menampung  keperluan industri aeroangkasa dengan menjalinkan
 kerjasama dengan institusi pengajian tinggi swasta penerbangan tempatan, Akademi Asia Pasifik Flight  Training (APFT).



Memorandum persefahaman (MoU) yang dimeterai kedua-dua pihak baru-baru ini, bertujuan memberi nilai tambah kepada pelajar Ijazah Kejuruteraan aeroangkasa dengan menawarkan kursus dan latihan penerbangan lesen juruterbang persendirian (PPL) kepada pelajar berkelayakan.

Naib Canselor UPM, Prof. Datuk Dr. Nik Mustapha R. Abdullah  berkata kerjasama itu memberi nilai tambah kepada  pelajar program Bacelor Kejuruteraan Aeroangkasa untuk melayakkan pelajar menjadi jurutera kategori C selain jurutera profesional dalam  industri penerbangan.

“Selain pelajar yang berkelayakan diizin mendapatkan  latihan penerbangan Private Pilot Licence (PPL) pada cuti semester supaya mereka memiliki ijazah dan lesen penerbangan serentak apabila tamat pengajian.”

“Pelajar UPM mendapat latihan hands on penyelenggaraan dan teknologi pesawat di hangar APFT, UPM  menggunakan kepakarannya membantu APFT  membangunkan program pengajian Maintenance,  Repair and Overhaul (MRO),” katanya pada majlis  menandatangani MoU antara UPM dengan APFT.



Beliau berkata dengan kemudahan yang sedia ada di akademi tersebut seperti simulator, kapal terbang, helikopter serta sistem pengurusan profesional, UPM yakin pelajar Ijazah Kejuruteraan Aeroangkasa UPM akan memperolehi banyak manfaat.

Pengerusi APFT, Dato’ Farouk Othman berkata persefahaman itu akan memberi manfaat khususnya kepada pelajar UPM untuk memperkembangkan kemahiran serta ilmu dalam bidang penerbangan.

“Sebagai sebuah pusat latihan penerbangan yang kini mencapai status IPTS, jaringan ini membuka ruang baru  kepada universiti untuk bersama pihak industri bagi  meningkatkan pengetahuan pasaran pada masa kini.”

“Segala kemudahan ini disokong dengan sistem pengurusan profesional, pasukan staf teknikal dan pentadbir terlatih bagi memastikan program dapat dilaksanakan dengan baik,” katanya.

So then untuk awak-awak sekalian di luar sana, kalau rasa tinggi 160++ pergi la buat :) 
ans!!
Top
♪ヽ( ⌒o⌒)人(⌒-⌒ )v ♪This Blog is Protected. Copyright 2013 © Design By Amiraazid( 。・_・。)人(。・_・。 )