>

Hidayah dan Che Susmaliza *kisah benar

Petang itu begitu panas dan matahari tidak serik-serik untuk memancarkan habanya setinggi 30 darjah selsius. Dua orang gadis melangkah longlai menuju ke perpustakaan sambil mengepit buku mereka.

''Huishh!! Barulah cool sikit. Kat luar panas sangat"
kata Hidayah sambil mengibas-ngibaskan kipas made in China yang baru dibeli online tiga hri lepas.

Hidayah dan Che Susmaliza terus melangkah menaiki lift ke tingkat atas. Tidak ramai yang berada di situ. Mereka memilih sudut yang agak terlindung dari perhatian para mujahid yang menimba ilmu.
A few hours later....

"Ahh! Aku dah penat lah. Dari tadi aku nak fahamkan konsep chain reaction, tapi aku terfaham pasal enzyme reaction. Apa kena dengan aku ni. Aku balik dulu ye." kata Che Susmaliza sambil mengemaskan buku-bukunya.

Begitulah nasib pelajar SPM. Nak faham fizik, tapi otak pikir pasal biologi.

"Alah Che Su ni. Awal lagi beb. Baru pukul 6"
"Aku ada date dengan pak guard lah malam ni. Dia nak ajar Statistic maa. Jangan jeles. Haha"
"Wah! Padanlah"
"Engkau tak nak balik lagi ke?"
"Lepas ni aku balik lah. Aku dah habis baca 5 bab sejarah petang ni. Tinggal satu bab je"

Siapa tak kenal pak guard MRSM Belum yang hensem tuh. Pandai segala subjek SPM. Namun, semuanya sudah tertulis. Dia ditentukan untuk menjadi pak guard yang diminati oleh sebahagian pelajar perempuan.

Che Su pula seorang pelajar yang mempunya raut muka seperti Kim KARDASHIAN :-D

Siapa juga tidak kenal Hidayah anak Azhar yang mampu mengkhatamkan dan menghafal sekali gus subjek sejarah dalam masa sehari. Bukan setakat itu. Tanya sahaja sejarah bagaimana anda dilahirkan, sejarah terjadinya Sungai EUPHRATES, tamadun Libya dan bermacam-macam lagi sejarah yang tidak terjangkau oleh akal fikiran. Pati lancar sahaja lidahnya menjawab.

Selesai mengemaskan bukunya, Che Su terus menunggu lift untuk ke tingkat bawah dengan hati yang girang.
* tak sabar nak jumpa pak guard yang dicintainya. HAHA

Hidayah terus meneruskan bacaannya mengenai sejarah orang-orang asli di Gerik. Sekali-sekala dia mengangkat kepalanya melihat sekeliling.

"Lengangnya. Mesti ramai yang dah balik. Ni yang best. Boleh aku masuk dalam buku sejarah ni" Hidayah berimaginasi sambil tersengih-sengih.

"Eh. Wanginya. Macam bau perfume Mira yang dia selalu pakai lah"

Hidayah terperanjat kerana apabila dia mengangkat kepalanya, ada seorang jejaka yang tenang mukanya duduk berhadapan dengannya, tekun membaca. Hatinya berdebar-debar melihatkan kehenseman jejaka itu. Jejaka itu tersipu-sipu malu apabila dirinya direnung sebegitu.
*gatal juga Hidayah ni. HAHA

"Ehh...muka dia macam Amar lah. Mamat yang Mira tergila-gila kan dulu. Pesal dia bau macam Mira nih. Musykil musykil." getusnya dalam hati.

"Hai! Buat apa tu?" -----> tak nampak ke dayah oii..dia kan tengah baca buku tasawuf tu.
"Boleh saya tumpang duduk di sini? Kat bawah sunyi, takde orang"
Hidayah tiba-tiba happy pula. "Ada can nak tackle mamat nih" Hatinya berbaur riang

Mereka berdua mula bersembang panjang.

"Boleh saya pinjaw pen awak sekejap?''
"Boleh, boleh..ambil terus pun takpe" ----->weh dayah..pen Sheaffer kau tuh. Sesedaaaaaaaaap je nak bagi pen mahal-mahal
"Nah, terima kasih. Saya pulangkan kembali pen awak ni" suara lembut jejaka itu menerpa cuping telinganya.

Die menghulurkan tangannya untuk menyambut pen yang dihulurkan jejaka itu. Tiba-tiba muka Hidayah berubah menjadi merah lalu tertunduk tersipu-sipu kemaluan apabila jejaka itu cuba mencapai tangannya.
Namun Hidayah lebih tangkas merentap balik tangannya.
Akibat Parkinsonnya tiba-tiba menyerang, Hidayah lalu terketuk meja menggunakan pennya. Malanggnya pen mahalnya itu terjatuh pula ke bawah meja. Dia menyumpah-nyumpah apabila mendengarkan jejaka itu tertawa perlahan-lahan.

Dia sedang menggosok-gosok kepalanya apabila dengan tiba-tiba bulu romanya tegak berdiri apabila dia melihat dengan ekor matanya kerusi di hadapannya. Darahnya berderau menyebabkan parkinsonnya bertambah teruk. Hidayah bangun menegak kembali sambil terus menggosokkan kepalanya sambil melihat jejaka yang duduk tersenyum di hadapannya sambil menutup mulut dengan tangan.  Hidayah mula mengemas-ngemaskan bukunya dengan cepat.

"Ahh..dah penat lah. Saya balik dulu ye" Jejaka itu hanya tersenyum mendengarkan perkataannya lantas menjawab "Hidayah...Dah penat ke...dah tahu..."


"Dah penat ke...dah tahu..."
"Dah penat ke...dah tahu..."
"Dah penat ke...dah tahu..."


Mendengakan kata-kata jejaka itu, dia tidak bertangguh lagi. Lalu terus lari lintang pukang menerpa ke tangga. Pandangannya melihatkan sepasang kaki yang tinggal rangka di hadapannya di bawah meja, sedangkan rupa jejaka bercakap-cakap dengannya cukup menyeramkan.

Sepanjang perjalanan pulang ke asrama, suara jejaka itu berulang-ulang kedengaran bertanyakan

"Dah penat ke...dah tahu..."
"Dah penat ke...dah tahu..."
"Dah penat ke...dah tahu..."
disertai deraian ketawa. Tanpa bertangguh lagi dia memecut lebih lahu, berlari balik tanpa menoleh kebelakang lagi.


P/S : Jadi anda dah penat ke sebab dah tahu? 
ans!!
Top
♪ヽ( ⌒o⌒)人(⌒-⌒ )v ♪This Blog is Protected. Copyright 2013 © Design By Amiraazid( 。・_・。)人(。・_・。 )