>

Balas Dendam =..=''

ya... AKU pernah menjadi seorang pendendam dahulukala...
AKU tidak pasti sama ada, sifat tersebut masih bersisa atau tidak dalam jasad ini
InsyaAllah...AKU telah meninggalkan sifat itu jauh ke belakang... Ya... Aku tidak mahu menjadi seorang pendendam...
Ya Allah... Aku takut...

Dia berjanji kepada sesiapa yang taat dan patuh kepadaNya
akan bahagia dan senang diakhirat yang kekal selama-lamanya..."

Ya.. Aku ingin menjadi anak yang solehah
Aku tidak mahu 'Abah, Abang Long, Abang Ngah, Abang Chik, Abang Teh dan Azim' disoal di akhirat kelak kerana perbuatan aku...
Sesungguhnya Aku menyayangi Abah!
Aku menyayangi Abang-abang dan azim!
Dan yang paling utama
Aku mahu Mama ditempatkan di syurga
dipermudahkan urusannya di dunia dan akhirat
Aku mahu mama dan abah dipermudahkan ketika malaikat maut datang mengambil harta Allah iaitu nyawa
Aku mahu mereka tidak diazab di dalam kubur!
Aku mahu mereka ditempatkan dikalangan orang yang soleh
Ya...aku mahu menjaga syurga di tapak kaki aku sendiri
Aku bakal seorang ibu

Itu pesanan yang patut aku ingat

Tidak perlu mencari siapa yang mengambil tulang rusuk kiri
Jika syurga di telapak kaki tidak dijaga


Ya, aku pernah mengejar cinta dunia
Aku dapat rasakan dosa tersebut
Ya, sejujurnya aku rasakan dosaku bertambah dari hari ke hari
Namun, aku gagal menjaga iman ku

Ya Allah... Maafkan aku

meskipun aku mengulanginya, Allah tetap keluarkan aku dari ujian tersebut
Aku bersyukur ya Allah
alhamdulillah

Ya...dulu aku bercinta
cinta nafsu

Namun, kini aku mahu berjuang
Berjuang demi cinta

"Demi cinta Allah yang ku kejar, kuatkan hatiku untuk bertahan, berikan ku kecerdasan akal untuk sentiasa berfikir tentang kuasaMu, hulurkan pertolonganMu di saat-saat aku hampir tewas, sinarkan nur hidayahMu untuk aku terus di jalanMu. Ya Allah! Aku memohon keampunan kepadaMu."




ans!!
Top
♪ヽ( ⌒o⌒)人(⌒-⌒ )v ♪This Blog is Protected. Copyright 2013 © Design By Amiraazid( 。・_・。)人(。・_・。 )