Setelah kejadian ini berlaku, dia menjadi seorang yang tidak tentu
arah. Menghentak-hentak kepalanya ke atas tilam dan sofa. Dia bukanlah manusia
yang senang digunakan dan kemudian dicampak ke dalam longkang untuk dibawa arus
hujan dan sungai. Dia bukanlah seperti ikan yang mampu hidup di daratan. Dia
bukanlah seperti kura-kura yang mampu hidup di atas jalan raya. Hakikatnya, dia
hanya seorang hamba kepada tuannya. Tuannnya iaitu Allah swt dan dia masih
mempunyai akal fikiran. Fikiran bagaimana sesuatu kejadian itu berlaku. Hakikat
kehidupan banyak yang periu dipelajari. Bukanlah untuk mempelajari segala
sesuatu yang tidak mungkin diterima alam, tetapi untuk menjadi sang pertiwi
seisi buana.
Sebagai manusia, dia mempunyai akal dan perasaan mendalam untuk
mengetahui sesuatu. Jadi laksanakan tanggungjawab anda bagi mengelakkan hamba
ini mati dalam keadaan tidak mendapat sesuatu yang dia sangat inginkan. Dia
memang mahukan kehidupan yang terbaik di akhirat kelak, namun dia tidak
terlepas daripada mahu mengetahui sesuatu perkara duniawi. Perkara berkaitan
kehidupannya, kisah dalam memburu ilmu, kisah percintaan bersama ahli keluarga
dan juga para sahabat.
Anda bukanlah seorang manusia hebat jika anda tidak mampu
bertanggungjawab terhadap apa yang anda lakukan.
Anda bukanlah seorang manusia yang hebat jika anda tidak mampu memberi jawapan terhadap apa yang anda lakukan.
Anda bukanlah seorang manusia yang hebat jika anda tidak mampu memberi jawapan terhadap apa yang anda lakukan.
Dia jika bukan seorang yang hebat kerana mudah dipenjara oleh perasaan
yang tidak mudah dikawal.
Dia juga bukan seorang yang hebat kerana mudah jatuh dan sukar untuk bangun semula oleh kelemahannya.
Dia juga bukan seorang yang hebat kerana mudah jatuh dan sukar untuk bangun semula oleh kelemahannya.
Namun dia masih mempunyai tuannya, iaitu Allah swt.
Tuannya sentiasa ada di mana-mana sahaja dia berada. Tidak menunggu
apabila dia sangat memerlukan.